Pagi itu ku lihat sungguh indah. Terasa bayu yang lembut itu memukul pipiku. Aku menutup mataku sambil menikmati keindahan alam yang diciptakan tuhan. Aku terbuai dengan bunyi ombak memukul pantai.
"Ain!"
Lantas aku tersedar dari lamunanku. Aku bangun sambil tercari-cari suara tadi.
"Apa??"
"Mari sini, main bola tampar"
Lalu langkahku dipercepatkan. Sedang asyik bermain, aku terfikir akan Fikri, rakan sekelasku.
Sudah lama aku memendam perasaan terhadapnya tetapi dia seperti tiada perasaan terhadapku. Hanya seperti rakan biasa.
"Aduh..aduh..sakitnya"
"Itulah, orang suruh kak ain main bola tampar bukannya berangan"
Aku hanya tersenyum. Namun hentakan bola dikepalaku masih lagi terasa sakit. Aku berlari untuk mencari bola tadi. Sungguh jauh balingan Fara. Sedang aku ingin mengambil bola yang sedang bergolek, tiba-tiba ada satu kaki beserta sandal berwarna coklat memberhentikan bola tersebut. Aku terdiam kaku.
"Jauh pergi bola ni", katanya.
Aku mendongakkan kepalaku keatas dan melihat lelaki itu tersenyum sambil memegang bola.
Lelaki itu berusia dalam lingkungan 20an dan ketinggiannya dalam 170cm berbaju t-shirt lengan pendek.
"Encik, bola itu saya punya."
Matanya tepat meandang ke arah anak mataku sehingga aku menjadi malu dan menundukkan semula pandanganku. Lalu dihulurnya bola tersebut.
Dengan pantasnya aku mengambil tersebut dengan ucapan terima kasih yang perlahan lalu berlari menuju ke Fara.
" Nama aku Reza. Lain kali jangan baling bola jauh sangat ya"
Langkahku ku perlahankan.
Ku toleh kebelakang sambil tersenyum.
Tak mampuku berbicara walau sedikitpun. Teringat aku akan kisah silamku yang sudah lama aku ingin lupakan tetapi hingga sekarang aku tak mampu untuk melakukannya. Sudah ada haluan masing-masing. Nak buat macam mana lagi? Aku teruskan bermain dengan riangnya.
Lantas aku terbaring diatas katil. Kepenatan. Pedihnya selama ini ku pendam, tiada siapa yang tahu. Dia, insan yang pertama ada dihatiku. Tapi sanggup dia mengkhianati aku yang selama ini yang setia menanti. Mana semua janji tu? Mana? Hanya kata-kata manis sahaja. Dasar penipu!
Kerana luka yang parah ini tak bisa ku ubat sendirian, aku berhijrah jauh dari kampung tersebut.
bersambung
No comments:
Post a Comment