Cinta??? Ada banyak spesis cinta kat dunia ni, nak yang mana satu? Cinta..memang indah sehingga kita boleh terbayang yang kita berada dalam satu tempat yang indah. Indah..tidak tergambar pun indahnya. Tembus dinding pun boleh. Dahsyat sungguh perasaan ini.
Cinta kan banyak kategori. Contoh? Nak contoh jugak ke? Aish, tak tahu ke? Nak tau?? Hah,kalau nak tau teruskan membaca ya!
CINTA KEPADA ALLAH SWT
Cinta kepada Allah swt inilah yang kita kene berusaha untuk mencarinya kerana Dialah pencipta seluruh alam ini. Cinta sebagai tanda kesyukuran kita sebagai hambaNya kerana telah memberi kita sebuah kehidupan, pancaindera dan rezeki. Memang susah untuk mencari cinta ini. Oleh kerana itu, kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Walaupun mungkin kita sebagai manusia dimuka bumi ini terdapat jurang perbezaan dari aspek fizikal dan mental, namun semua itu tidak ada yang berbeza walaupun sedikit pun di sisi Allah SWT.
Cintakan bunga akan layu,
Cintakan manusia akan mati,
Cintakan Allah kekal abadi,
Itulah cinta,
Cinta yang hakiki.
CINTA KEPADA MANUSIA
Cinta yang ini banyak disalahertikan oleh golongan masyarakat sekarang nih. Remaja sekarang nih suka sangat ber"couple" sehinggakan sanggupp mencari cinta manusia daripada cinta kepada Penciptanya sendiri. Bercinta tak salah, tapi yang salahnya bila berlakulah gejala2 yang semakin meruncing dalam negara kita ini iaitu kes pembuangan bayi, gejala2 sosial, penzinaan. Bercinta biarlah berpada-pada. Jangan terlampau sayang sangat sampai semuanya sanggup digadai.
Pesan kepada lelaki:
Janganlah kamu menjadikan perempuan tersebut sebagai kekasih jikalau kamu sedikit pun tiada niat untuk menikahinya.
CINTA KEPADA HAIWAN
Cinta kepada haiwan. Ramai sangat yang mengabaikan cinta ini. Kenapa?? Kerana dianggap remeh dalam kalangan masyarakat. Sayangilah haiwan, sesungguhnya haiwan itu makhluk juga. Makhluk ciptaan Allah SWT. Kalau tak mampu untuk menyayanginya, cukup dengan tidak menganiayainya. Kasihan... Sesungguhya manusia merupakan makhluk yang paling istimewa kerana dikurniakan akal fikiran untuk membezakan benda yang baik dan buruk.
Akhir sekali, gunakanlah nikmat yang telah diberikan dengan sebaik mungkin.
No comments:
Post a Comment