Pages

hows your day today???



Create your own banner at mybannermaker.com!

Friday 26 April 2013

Matriks punye citer

Assalamualaikum, sebenarnye blog ni masih lagi dalam diselenggara. Hahaha, susunan tonggang terbalik kan? Sorry, kemalasan melanda disaat ingin membuka blog ni..hihi MATRIKULASI..
LOL..sejak menjak ni suka sangat LOL2,,haha,,back to topic. Matrikulasi skang ni ade yang 2 tahun dan ade yang setahun. Aya dapat setahun je. Aya mohon first kat tangkak tu, tempat abang aya blaja dulu, nice dan lawaa!! Tapi apakan daya Allah nak bagi yang lebih baik,dapatlah kat pahang tu..gambang ye~ Alhamdulillah dapat, sebab ramai budak lepasan spm 2012 yang nak sangat dapat tawaran untuk blaja kat matriks kan? Matrikulasi pahang ke 3 tarbaik dimalaysia? WOWW~ haha.. dapat info ni dari seorang dormate..#kalau kau terbaca post ni.. peace yow~ haha# Tak pernah terfikir pon nak blaja kat pahang tu, teruja sebenarnya sebab ade GAMBANG WATERPARK!! hahaha.. Matriks, aya tak tau nak sambung blaja dengan kau ke tak matriks. Kalau kau ade mulut kang senang, tak paham je tanye kau terus dan tak payah susah2 research tanya pakcik google ni.. ish3


Haish, member2 lama pon dapat situ. Jadi, rasanya tak jadik masalah lah jauh ke tak. Apepasal lah abang aya selama dia belajar tak pernah dapat negeri lain? johorrrrr je! Hmm, untongler~  At least aya dah ade pengalaman kan? haha best tau merantau nih. Ade sape2 yang tau sangat pasal matriks pahang dan terbaca post  yang tak berapa post nih, aya mengalu2kan anda untuk komen di bawah! Pliss2~ membantu amalan mulia bukan? hehe Chow~

Thursday 18 April 2013

Ohh..Finally~

Assalamualaikum..OHH FINALLY~ what finally?? Ahaha..actually this post, berkaitan dengan tawaran u! Ceh, POYOS~ ahahaha..do i care? Bukan maen lagi kawan2 aya PAM PUM PAM PUM pasal dapat tawaran pergi sini la situ la. Hanya aya je tau, what i feel when i see the status -_-! But, semua tu rezeki masing2 kan. Actually aya nak share ngan korang yang aya dapat tawaran pergi UNIKL untuk asasi engineeering in scope science n technology. Tapi kat kedah! Kuala Nerang..anybody?? seriously tak tau tempat tu. Sape2 yang dapat asasi kt UNIKL ni memang kene g kuala nerang la. Korang dok promote ckp psl u, aku pon nak jugak lah! ahahaha. Sape dapat buat asasi dekat sane?? SEPP!! kite samelah. Kene daftar 19/5/2013? Hohoho.. dalam dilema nih. Yang bagusnya, kalau masuk sane MARA tanggung 100%. Tapi bile nak sambung ijazah, korang bley tros kat unikl ataupon mntak u laen. In case korang kat unikl gak untuk ijazah, korang boleh loan MARA untuk support korang blaja. Tapi kalau lastly gred 3.5 above..biasiswa okeh! kalau kurang..adelah peratus2 nye korang kene bayar. Bile masok sane gak, korang akan senang dapat keje. why? jawapannya ada pade senior2 unikl..HAHAHA ~ seriously, im not lying oke! okeh..penat taip..sape2 yg senasib ngan aya..komen plis~ Assalam :) 

Monday 8 April 2013

Pink Punye story~

Hai3!! Assalamualaikum semua! First things is all about PINK. Sape pink? HOHOHO.. wanna know? Pink tu nama kucing Aya lah. Meh sini aya cerita kat korang pekehe nama dia pink. 
Pink ni seekor kucing jantan yang berwarna putih dan..dan..itam kot takpun kelabu.. (entahlah)
Asal usul name pink nih diberi oleh..Aya lah! Why?? HAHAHA..ini kelaka.. Sebab pink mempunyai hidung berwarna pink dan tapak kaki pon kale pink! NICE RIGHT? Ahaha, agaklah~

p/s: tengok idung dye..pink kan?? time nih pink tengh selesema..

Rasa macam merepek jek kan sebab tetibe post pasal kucing? hehehe..Biau ler~ Back to our topic just now. Pink nih, mase first aya jumpe dia waktu aya abes spm. Mase tu baru abes paper lk, then balik rumah je, mak bagitau ade sekor kucing mak bela. Ya Allah, pekehe lah kucing nih nampak aya je lari! Macam nampak THE HULK plak. Penakut rupenye. Sepanjang aya kat rumah, huh.. pink ni tak berani langsong nak balik rumah, semata2 sebab aya ada.

Lama jugak nak biasakan diri dengan kucing nih. Dalam sebulan, dia dah ok la. Tak takut dengan aya. 

~bbrsambung~

Saturday 6 April 2013

keje oh keje

firstly, assalamualaikum semua!
harini, hmm TAK tau lah kenapa penuh dengan ayat2 merepek. Inilah tekanan yang aya mula rasakan. Rasanya tak lama lagi, kita akan melangkah ke alam budak2 u. kita? opss! salah2. Aya je, dan sewaktu dengannya. Bila cakap pasal u, mestilah kite semua dah terpikir $$$ kat dalam kepala kan? hmm,menjadi insan seperti aya, yang telah menganggur selama 3 minggu AMATLAH tidak best yer tuan2 dan puan! Hal ini kerana, saya rasa bosan dan TERINGIN nak keje untuk menambah duit dalam poket saya. WHAT I FEEL? Nak tau?? seriously? Aya kalau boleh nak keje kat seremban tu. Jauh bukan perjalanan? Demi mencari rezei lebih, Aya rela ke sana bersama2 dengan kakak aya. But the probs is, abah macam tak kasik je? Hmm..Aya janji nak keje sane dalam sebulan lebih je, then balik johor untuk preparation nak masuk u. Keje kat sini x okey ke??



Hmm, keje kat sini okey sangat, tapi masalahnye aya dan besties aya hanya part timer je, jadik kalau production kat kilang tu tak banyak, our manager akan cakap kiteorang tidak perlu naik kerja sehingga diberitahu. Alangkah susahnya untuk mencari kerja disini~ sungguh2~  Walaupun rasanya sayang sangat nak tinggalkan kilang kopi kat sini, tapi ape guna masa kalau tidak digunakan? Pengalaman kerja kat sini memang best, like a family. walaupon bile teringat zaman mula2 masok kerja kat situ memang kelakar, tapi at the end,  diorang memang GEMPAK HABIS. Kiteorang selalu lepak2 makan abc, makan beger n pernah satu hari bos buat pelancaran kedai mi udang kat area jb. MAKAN FREE!!! sedap sangat2 tau! Bos memang pandai masak lah bos! Laen kali boleh lah datang lagi yer,,ehem2..#free bole??? hehehe..Bos orang yang aya memang tabik lah, sebab pandai masak #mi udang tu pon bos yang masak sendiri tau# pandai bisnes, apelagi? Dan dia seorang yang suka bersederhana. YESS!! #kalau bos terbaca post nih, bole bagi mi udang free x? tolong promote nih!# keistimewaan kedai bos tu, korang sepatutnya datang kedai mi udang bos aya tu mase bufday korang, nanti korang dapat free semangkuk!


WOW! hahaha..yezza! Aya harap bisnes bos bukak kedai mi udang disamping bukak bisnes kopi ni berjaya lah sebagai seorang usahawan bumiputera yang boleh dicontohi. Tutup citer pasal bos okeh. Nak cakap pasal keje ni. Staff kat kilang memang happening lah! eh?? tadi dah sebut ea? haha, biarlah!! Sekarang ni, kita ada 5 staff perempuan dan 6 staff lelaki. Terdiri daripada 2 part timer and full timer yang selebihnya. Gaji? okey, no hal! Ape2 pon, dah penat lah nak tulis..babaii~

Monday 1 April 2013

What we call "life"

Hidup. Kehidupan. Ape yang korang paham pasal kehidupan nih?Ape yang aya tau, hidup ni umpama roda. Takkan ade orang yang tidak pernah ada masalah dalam hidupnya. Walaupun tergambar senyuman, tetapi di sebalik senyuman itu terungkap 1001 cerita. Siapa tahu?? Hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui segala2nya. Seperti ape yang aya pernah baca dan tahu, Allah swt tidak akan memberi ujian seberat itu jika hambaNya itu tidak mampu menghadapinya. Dan semakin tinggi tahap kesabaran dan imannya, semakin besar dugaan dan cabaran yang akan Allah beri. Sebenarnya di sebalik dugaan itu, Allah mengajar kita untuk bersabar, redha dengan ketentuanNya, Allah suruh kita mengingatiNya dan mendekatiNya.




"Jika semua kaum beriman kepada Allah swt, Allah swt akan membina satu lagi umat yang membuat dosa"  

Kita hanya manusia biasa. Insan yang tak pernah putus melakukan kesilapan. Kadang kala terniat  juga dihati untuk berubah. Dalam usaha untuk berubah namun ada kalanya kita tersimpang jua. Rambut sama hitam, tapi hati lain2.


Pernah aya terbaca dari satu sumber, kisah yang sungguh menyentuh hati dan sanubari. Begini kisahnya, ada suatu hari datang seorang wanita berkulit putih gebu dengan berpakaian tanpa lengan dan skirt paras atas paha datang ke masjid menaiki sebuah kereta. Dengan selamba, dia turun dari kereta dan lantas memasuki kawasan masjid. Tergamam ahli2 masjid melihat perempuan berpakaian begitu datang ke masjid. Pencerita menceritakan, dia melihat wanita itu mengambil wudhu' lalu memakai telekung lalu solat. Setelah wanita itu selesai solat, si pencerita itu melihat wanita itu duduk tahiyat akhir SALAH!! Lantas si pencerita bertanya kepada wanita itu. Dia terkejut selepas mengetahui bahawa perempuan berkulit putih gebu itu sebenarnya seorang muallaf(cina masuk islam) . Dia menceritakan dia baharu sahaja berjinak2 dengan islam dan tidak mengetahui bahawa duduk tahiyat akhirnya salah! Si pencerita sungguh kagum dengan usahanya. Walaupun berpakaian seperti itu, dia langsung tidak malu untuk menunaikan solatnya di masjid. Siapa tahu, suatu hari nanti dia akan menutup auratnya dan menjadi lebih baik dari kita semua. Semoga dia diberikan hidayah dan diberi tunjuk ajar agama serta dorongan yang kuat untuk mendalami agama Islam. Aamiin, InshaAllah~


Kehidupan di dunia ibarat seorang musafir. Ini kerana dunia ini bukanlah penghabisannya. Banyak lagi alam yang kita harus lalui. Jika kita terniat untuk berubah di dalam hati kita, Allah akan mengirimkankan hamba2nya yang soleh untuk menemani kita didalam penghijrahan tersebut. Penawar bagi seorang wanita yang ingin berusaha untuk menutup aurat sepenuhnya tapi masih lagi tidak mampu melakukannya, ialah dengan mengahwini lelaki yang soleh.



Semoga entri kali ini memberi kesan terhadap hati kita. Sungguh kita hanya insan biasa, tapi kita punya impian yang luar biasa. Kita dikurniakan akal fikiran untuk berfikir dan juga pancaindera. Semoga entri ini memberi manfaat kepada diri aya sendiri dan juga pembaca2 sekalian. Wallahualam..