Pages

hows your day today???



Create your own banner at mybannermaker.com!

Saturday 9 November 2013

My last day..~sem break~

Assalamualaikum..
fikir..fikir..fikir..haha
Nak share pasal benda yang aya buat time last day ni..

FIRST JOB: cooking~
Bercerita pasal masak2 ni, kadang2 fobia jugak. Sebenarnya baru2 ni baru je terkantoi dengan mak .

~NASI HANGUSSS~

DONT JUDGE!!

ade sebabnya, ok? Camni ceritanya, plug kat dapur dah rosak, so ape boleh buat selain menggunakan kaedah MANUAL?? ~my fault~ HAHA
Dan  kedengaran bunyi kenderaan pacuan empat roda memasuki ruang legar rumah. Terdengar suatu jeritan dari luar rumah "ASAP APE NIH?"
me: -_-" (nak jawab ape nih)
mak: YA!! yaya!!
me: ye..mak (slow jek)
mak: asap ape nih?????????????????
me:er? asap? ntah...!@#$%^&(cuak..diam)
setelah penat mengcover..akhirnya terkantoi jugak.
#as i said, my mom 100 times clever than me#
~aku hanya mampu tersenyum..heee...pece mak!!~


~tu cerita beberapa hari sebelum, sekarang kembali ke cerita asal~

Harini, aya bangun pagi terasa berat, sebab tau hari ni last dapat duduk puas2 dekat rumah ni. So, dengan kemalasan yang ada, akhirnya berjaya untuk bangkit jua.
__________loading__________

itu yang aya rasakan saat terbangun,
"so harini, citernye aku kene masak lah kan?"
#bukak peti ais#
tutup*
*fikir*
#bukak peti ais#
tutup*
*fikir*

"haaaaa..tau pun nak masak ape..untuk lunch"

setelah bertungkus lumus hampir 45 minit, akhirnya siap jugak menu hari ni.
As simple as the cooker..cooker? tapi hari ni rasa mcam chef plak..hehe.
jeng3...

1) nasi goreng

2)ayam goreng ala2 KFC

3)kopi ais(macam pelik je..macam pelik je..haha)

sekian.. :)

SECOND JOB: relate with my activity during evening..~back to nature~
Alang2 bosan, asyik naik moto, pegi kedai sana sini, so terfikir lah satu tempat yang dulunya setiap hari kat situ..

JENG3..

belakang rumah...(koya bebeno :3)

WHY????



Y??



y??



wassup??



?????????????????????????????????????????????????????????????????

THIS IS BECAUSE.. 

nice view bro... 

ni suasana dari belakang rumah,berbukit sikit, atas tu ade jalan. Jugak tempat yang selalunya lorry dok parking kat situ. ~strategik~ haha

macam pelik je view gamba nih..agak2 bole teka tak aktiviti sekarang nih??
cer teka..cer teka..??
haha

Sekian untuk aktiviti kedua
:)

THIRD JOB: playing with my brother..cute one..

cute right?

haha, ok..rasanya post kali ni sampai sini sahaja. Thank you and Assalamualaikum..






Tuesday 5 November 2013

Masak2 ^_^

Assalamualaikum..

Masak? Firstly, korang mula belajar masak mase umur berapa? Mesti tak ingat kan? Aya start belajar  tak silap mse area2 form 1. First2 tu pandai masak ikan sardin dalam sambal tumis haha. Tak tau nak describe macam mana la. Mase dalam tempoh tu, aya pernah gak try buat nasi goreng, tapi selepas bepuluh kali geseng(b,jawa)=hangus akhirnya dah pandai juga masak nasi goreng ni#true story ok#. Haha, kalau dah lapar tu, hangus2 pon bole la. Makan sampai abis sebab da kebulur sangat. Konon nak masak sendiri kan? hah, terpaksa la telan walaupon sangat3 hangiiitt. Sekarang, macam2 gak la resepi aya belajar. Mostly masakan kampung. Western2 nih tak abes menuntut lagi haha. Sekarang, aya nak tunjukkan orang yang banyak membantu aya dalam tunjuk ajar untuk masak ni. Jeng3, dialah ibu dialah pengasuh  dialah segala2nya. Panggil "mak" je kat rumah. Walaupun mak tahu ape akibatnya mengajar aya kat dapur, dia tetap teruskan. Nak sangat tengok aya pandai masak. Hmmm, sungguh penyabar.

Skang nak story pasal pengalaman. Haha, bnda yang paling dtakuti sekali pabila menggoreng ikan. Sbb kuali dah la kecik pastu nak golek2kan ikan biar dapat berenang dalam minyak lagi. Scary je la haha. Kalau aya masuk dapur, macam2 bunyi ade tau, hip hop jazz, rock, balada ni kurang sikit tapi selalunya music rock yang kuar *paham2 suda haha*

KLETANG!! KLETUNG!! TING!! TUNG!! TONG!!

ada irama dan juga lagu..hahaha
to be continued...


Kembali meniup blog yang sudah berhabuk..........

Assalamualaikum wbt semua. Harap2 korang semua sihat2 belaka. Nampak kan, dah lama sangat tak post dekat blog ni. Why?
first: lost internet connection
second: busy
third: MALAS!
kehkehkeh..mesti sakit hati je bile tengok alasan ketiga tu kan? This is because, bile kita dh sibuk, kita akan penat, bile penat, semua benda rasa malas nak buat..kan3?? Itulah connectionnya, ceh muet pulak dah.

Nak cakap pasal matrik? Malas la, bru pikir je da tak de mood. So citernye sekarang tak payah la cerita pasal matrik tu. Okla, bile tangan dah lama tak type, so jadik terkelu tangan nak menaip keypad ni. Sekian sahaja. Assalamualaikum wbt..

Friday 17 May 2013

kenangan~

Assalamualaikum wbt,


Dibalik pagi hari dan ditemani embun pagi terlintas difikiran untuk menulis satu post tentang kenangan. Hahaha, but this time the story gonna be funny. Funny? Rasanya macam2  feeling ade kot.

1. Sad story ever

Pada suatu malam yang hening, tengah bosan tahap melampau aya pun terfikir.

Aya: Apelah yang aku nak buat nih eak? psstttt2! #panggil orang sebelah# kau dah tido ke?
M: belom..

Terus aya naik katil dia sebab nak bersembang waktu gelap lepas light off. Gelap2 pon boleh nak sembang. Hahaha. KAMI BERTIGA DISAAT ITU! Biarlah hanya kami sahaja yang tahu siapa gerangan manusia2 itu. Ceh3, haha. Setelah dlam 30 minit berbual, aya mula dibuai bayu2 yang mengantukkan. Terasa seperti angin2 bertiup tu sempat berbisik di telinga..tidur..tidur.. Tanpa berfikir panjang, aya melompat turun dari katil atas. Dan itu, merupakan permulaan kesedihannya sebab aya kehilangan satu benda yang sangat special nikmat kurniaan Allah swt. Apakah itu? secret~ haha. Menyesal sangat2 sebab tak nak turun gune tangga. Bukan main kuat lagi bunyi kejadian "kemalangan" itu. Dahsyat, Ade orang tersedar. Kantoi pon yer jugak. Aya tak rasa sakit. Tapi seolah2 tak percaya bile tengok kat tangan ade something. WHAT?? okey, cerita ni nasihat ok, i lost my teeth. Half jela. Tu pun masih bersyukur sebab tak patah terus. Penderitaanya lebih menonjol apabila makan! Ingat lagi, pagi tu pergi DM, makan sarapan nasi lemak. Wow, selera bukan main lagi. Lantas timun ku ambil dan makan dengan laju. Gigitan pertama sahaja, aduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuh. Ter sangat sangat sangat sakit. Tolak! Tak makan pape teros. Sejak tu, hilang selera makan. Merana.. Kesimpulannya, kalau dah ade tangga tu gune, jangan act macam spiderman lompat sana sini. Tak pasal2 menyesal, sangat buruk padahnya..




2. Happy story

Happy story berlaku time hari aspuri. Hah, masetu memang sempoi habis la. Tak memasal kenekan kawan sendiri. Hahaha, ambil kek pastu calit kat muke, tudung baju. Series macam budak tadika malam tu. Mane taknya, kiteorang main kejar2. Tanak kene calit punye pasal, sanggup lari. Konon nak selamatkan diri lah tu. Tak ingat lah sape yang troll dulu. Pape pon, memang kotor habis lah! Takkan krim kek senang2 nak hilang bile dah kena kat baju, tudung. Even muka pon.rasanya hari aspuri tu event last kat sekolah sebelum SPM. Yeah, kenangan manis untuk aya jugak. Kawan2 memang awesome, pastu dapat hadiah daripada form 4. Tau tak dapat ape? Aya dapat benda yang aya nak sangat2 iaitu.. jeng3.. aya dapat bekas ber"wajah" oreo. Sape beli oreo dapatlah bekas tu. Waw, best~ dapat bekas tu dan juga tabung. Er, tabung? nak suruh aya kompol syiling lah tu. Tapi fun and enjoy malam tu. Kepenatan pun jangan cakap lah. Memang penat.






Monday 13 May 2013

bEnda yang Aku teringin Sekali..

Assalamualaikum wbt

Ok, kali ni nak share beberapa minat yang mendalam tetapi masih lagi tergendala. Tergendala? Hiperbola betul si aya nih kan? Mana tahu korang boleh share pasal minat nih kan?



1. Photoshop
photoshop ni memang dari dulu lagi. Teringin jugak nak belajar buat header sendiri, edit gambar and buat effect kat gambar tu. Menarik kan? But, tak tau lah bila agaknya aya boleh jadik pro editor.. Sekarang ni, masih lagi mencuba dengan belajar dari youtube. Hehehe




2. melukis

Melukis apa?  Hmm, kereta! dulu yeryer nak jadi car designer. Hahaha, hanya omong kosong aja. mungkin, melukis ni bukan kepakaran aya. Tapi tak salah kalau mencuba untuk pandai melukis kan? Bile agaknya boleh lukis satu design kereta sport? Dan lukisan berseni tu...





3. Berbicara dalam bahasa inggeris dengan lancar

Skema betol ayat nih. Hahaha, tapi itulah impiannya. Minat sangat nak dok speaking2 ngan member2. Tapi, grammar pon hancusss apatah lagi nak speaking ngan omputeh kan? Sampai sekarang masih lagi mencuba dan mencuba. Bercakap sorang2 kat depan cermin disamping speaking live dengan kucing di rumah. Hahaha, anggap jela kucing tu faham ye?



Kesimpulannya, minat pun boleh mendatangkan kesungguhan untuk kita belajar dengan lebih terperinci. Buktinya, aya sendiri lakukannya! Fikir2kan, kerana anda sendiri yang menilainya. Assalamualaikum.




Sunday 12 May 2013

2 weeks left

Assalamualaikum wbt

InshaAllah, lagi 2 minggu lagi aya akan digelar sebagai seorg pelajar KMPh,Pahang. But, but satu benda pun tak buat lagi ni. AIYOYO !! Ape yang aya buat? HAHA, main game jela. Tanpa memikirkan perihal matriks tu. Pergh, bukan main semangat lagi orang lain dok prepare macam2, tapi aya duduk depan lappy sambil main game kat fb. 2hari je, dah dalam 5 game aya try. Hahaha, memang carik nahas kan si aya ni?

Sekarang nih, masa tulis blog ni, ade 3 game aya tengah main. Hahaha, entah berapa tab dah aya bukak. Yes. lepasni memang tak lah nak bukak fb semata2 main game, maybe lepas ni bukak pon dalam 5 minit, then off. Hahaha,memanglah dah niat nak struggle abes2an utk matriks nih.. engineer -to-be lah katakan. Ceh, berangan je lebih. Tapi, berangan boleh menguatkan daya ingatan tau! #jangan ler percaya ye#

Main game ape? Millionaire city, Candy Crush saga, farm heroes saga, pet rescue saga dan proton saga. Proton saga? tak! Takdepun game kat fb name dia proton saga. Aya tipu je. Saspen tak? hehe




Tapi kan..tapi kan,, aya dah buat list tau. List untuk barang yang perlu dibeli. Hahaha, list je pun. Bukannya terus beli barang. Lagi 1 minggu baru beli kot. Super3 NOTHING! Korang, jangan lah ikut perangai seperti ini ya, sebab amatlah tak elok. Sampai disini saja, ASSALAMUALAIKUM..

Friday 3 May 2013

Hidup sebagai anak "BONGSU"

Assalamualaikum wbt,

Ehem2, bile sebut anak bongsu je ramai yang cakap..

- budak ni anak manja
-mengada2
-anak bapak/mak
-tak reti berdikari
-ape dia nak sume dapat
-anak kesayangan dalam keluarga

Dah2 la tu, panjang sangat lah nak listkan. Penat tangan den nak dok type lelama tau. Kebanyakannya memang macam tu. Tidak dinafikan sama sekali. Tapi pernahkah anda sendiri terfikir apa yang mereka sebenarnya rasakan? Heaven? Oh maybe aya silap, lain orang lain la keadaannya kan? Yup! So, hari ni aya nak cerita pasal hidup aya sebagai anak bongsu ni. 

Hidup jadi anak bongsu ni biasa2 je. Tau tak duduk rumah tidak lah best mana pon. Sebab aya anak bongsu, so adik beradik lain pulak tak de kat rumah. Ade urusan masing2. LONELY YE TUAN2 DAN PUAN2!


Korang ade?



tengok tu, masa kecik2 sume gamba dengan kucing.

Hari2 aya tengok kucing, kucing dan kucing. Memang sunyi rumah ni. Mak jela ade kat rumah, berdua dengan aya. Abah plak keje. Apa2pun aya bersyukur sebab dilahirkan sebagai anak bongsu. Mungkin ada hikmahnya yang Allah rahsiakan. Bile duduk rumah je, terbayang zaman kanak2 dulu. Selalu main kat sini, situ. Dulu sorang adek beradik ade seekor kucing. #sorang bela sekor kucing la# Hoho masetu nama kucing combi. Combi? Ntah maa dapat ntah nama tu. Tapi sedih, masatu aya tadika lagi. Masa nak pergi sekolah, aya nampak combi terbaring atas jambatan, tak gerak2 pon. Hmmm. Dan tidak bernyawa lagi tanpa sebarang kesan luka. Mak kata mungkin kucing tu sakit jantung. Sakit jantung? Hahaha apelah sangat budak seusia aya time tu kan? Apelagi, menangis seminggu sebab combi mati. #rasanya semua kucing aya yang pernah mati aya nangis seminggu kot# hahaha memang sedih la. Balik kat topic tadi, dulu masa kecik2 aya memang rapat ngan imal, my brother. Selalu main sama2, tampar, gaduh, race basikal, abeskan duet pon same2 gak. hahaha. Sekarang, sunyi sangat, masing2 sambung belajar, kerja, maklumlah dah ade kerja masing2 nak buat. Pernah jugak berharap dapat cakap ngan binatang, almari, perabut. #saya memang nonesense# haha yela. Aya nak belajar berdikari, sebab tu masuk asrama 2 tahun. Sebab nak rasa duduk kat asrama macammana kan? Atleast bile dah masuk u nanti x de lah terkejut sangat kan? hahaha.. Ye dulu aya tak pernah naik train, bas, bas tingtong. But now, Alhamdulillah dah boleh survive sorang2. Yang penting banyak bertanya ye! #makcik cina umur 80 tahun pon jadik kawan tau!# hahaha, yess! Kebanyakan orang yang aya jumpa time2 naik bas atau train, diorang suka berbual. hahaha tak sangka makcik tu singapore, cakap bi plak tu. Adoii, dah la mood2 malas nak fikir time tu. Rasanya banyak lari topik sikit kot, tapi tak kesa kan? hahaha oke assalam..


Thursday 2 May 2013

Semua tentang atok..

Assalamualaikum wbt..

Atok, sekarang ni yaya dah 18 tahun. Dah abes spm dah, atok. Kalau atok ada masa ni, mesti atok gembira sebab dapat tengok cucu atok ni dah nak sambung belajar. Dulu masa yaya darjah 3, atok ikut keluarga yaya hantar kakak sambung belajar kat kedah. Yaya ingat lagi cerita yang atok bagitau kat yaya tu. Yaya ingat sampai sekarang tok, tak mungkin yaya lupa. Seandainya atok ada lagi kat dunia ni, yaya nak sangat atok ikut keluarga yaya hantar yaya sambung belajar. Tapi... semua itu tak mungkin berlaku kan? Masa kat kedah tu, atok selalu je hilang. Rupa2nya atok pegi ngeteh kat warung tepi jalan tu. Rasanya atok da minum 2 cawan teh tarik kot, tu pon sebab orang belanje atok. Penat abah carik atok naik kereta, rupa2nya kat sini atok pergi.

budak kecik baju pink itulah saya..

Dan lelaki berseluar biru itulah atok. Yaya panggil atok pin je sebab nama atok Aripin bin Marzuki. Waktu ni, atok sihat wal afiat. Atok mula sakit2 masa yaya form 1. Atok suka sangat suruh yaya mintak buah kedondong kat rumah cik midah. Itulah kegemaran atok. Yaya ingat lagi saat yaya pakaikan atok bedak, wangii. Setiap kali atok datang rumah, yaya mesti dengar bunyi motor atok. Takde motor lain yang sama macam motor atok tu. Yaya kenal sangat. Setiap kali atok datang rumah, atok mesti bawak gula2 sebab nak bagi yaya. Masa tu yaya kecik lagi, mana2 cucu atok yang kecik lagi, atok mesti kasik gula2 tu. Rindu sungguh. Pernah suatu hari, atok pergi sabah dengan makcik naik flight. Bile atok balek, mak bawa yaya jumpe atok kat rumah makcik. Dari jauh yaya tengok atok kat bilik je,lepastu atok panggil yaya. Atok pegang tangan kanan yaya. Atok cakap atok nak tengok tangan yaya. Tangan yang yaya genggam tu yaya lepaskan, sejurus itu atok masukkan satu gelang berwarna warni kat dalam tangan dan atok suruh yaya genggam balik tangan. Yaya pakai gelang tu kemana je yaya pergi, atok. Hingga suatu hari, yaya menangis sebab gelang yang atok bagi dah putus. Rasanya sampai sekarang pon nangis gak bile teringatkan gelang tu. Daripada banyak2 butir, yaya ada simpan sebutir. Tapi, butir yang terakhir tu hilang..hilang entah kemana. Rasanya sedih sangat. Tapi yaya janji, yaya takkan pernah hilangkan sedikit pon rasa sayang kat atok dan pesan terakhir atok tu. Pesanan terakhir atok tu yaya sentiasa ingat, tok. Itulah kunci kekuatan yaya. Atok tahu tak? Yaya bangga ada seorang atok yang kuat dan kasih sayang atok terhadap anak2 dan cucu2 serta cicit2 tidak berbelah bagi. Atok tak pilih kasih, langsung tak. Yaya dapat tengok muka atok terakhir kali masa form 2. Ingat lagi. Dulu masa kecik2, masa yaya ngan imal mainkat luar rumah, tiba2 atok datang. Isap rokok sambil tanya satu teka teki. "banyak2 burung, burung ape yang baik?" Yaya dan imal terfikir2 jawapannya, atok cakap burung yang baik burung belatuk. Sebab burung tu bela atok dia. Walaupon soalan tu atok tanya masa kecil, tapi yaya tak pernah lupa. sentiasa diingatan. Terlalu banyak yaya nak cerita pasal atok, sungguh.. Lauk yang atok suka? yaya tahu tok. Bile balik kampung, atok pasang pelita sepanjang jalan nak masuk rumah. Yaya masetu kecik lagi. Suka sangat sebab dapat main bunga api. Bila yaya dan semua sepupu main bunga api syok sangat sampaikan x sedar baju baru yaya dah terkoyak sebab kene bunga api tu. Bukan yaya sorang, imal pon sama juga. Yaya lari2, yaya nampak atok tengah masokkan minyak tanah dalam pelita. Atok nak pasang sepanjang jalan nak sampai rumah atok. Sampai sekarang yaya boleh bayangkan keadaan dulu. Gembira sangat2. Atok nak cucu2 atok gembira kan? Atok tak pernah cerita pasal nenek kan? Yaya tak sempat pon nak tengok nenek sebab nenek dah lama pergi. Atok suke minum air gas, isap rokok, kan? Pernah sekali atok takut mak marah sebab atok isap rokok sampai atok simpan rokok tu bawah bantal. Lama2 kantoi jugak dengan mak sampai rokok tu penyek. Yaya sayang atok. Sebab tu,....


sebab tu kuzie ni yaya panggil "atok". Sebab bile panggil atok, yaya akan selalu ingat atok sebagai seseorang yang yaya sayang sangat2. Terima kasih atok sebab mendoakan cucu2 atok. Terima kasih atas pesanan terakhir atok. Terima kasih sebab atok bagi yaya kenangan terindah dalam hidup ini. Walaupon atok sudah jauh di alam lain, yaya doakan atok bahagia disana dan semoga dicucuri rahmatNya..Aamiin..

Wednesday 1 May 2013

IR??

Assalamualaikum..hehe
IR? yes,guess why? Sebab aya happy sangat sebab hari ini aya berani mengatakan yang aya nak jadik engineer! #ceh,bajet da dapat ijazah je. Baru abes SPM# Yup, selama ni aya takut sangat nak sambung belajar engineering sebab..sebab aya tak power chemistry dan..dan..takut tengok elektrik. Hahaha, but then, aya terfikir sampai bile nak jadi macam ni kan? Lagipun bidang ni sangat meluas jika dibandingkan dengan kos senibina. #post view bertambah lah# hahaha aya tau korang sume dok search pasal u,matrik, etc lah. sorry, out of topic! Hopefully, keputusan ni adalah keputusan yang betul untuk masa depan dan orang2 disekeliling. IR IZZAH SYAHIRAH? hahaha, siapa tahu kan suatu hari nanti? Mak pun nampak sokong bile aya cakap nak amek engineering. Eh? bukan kah dulu... hahaha, whateverlah! 

Perempuan ambil kos engineering? Rasenya tu bukan masalah disini, masalahnya adalah DIRI KITA SENDIRI. Bila kita betul2 nak apa yang kita inginkan, kita akan berusaha lebih untuk itu. Lagipon zaman sekarang, semakin ramai graduan engineering dalam kalangan wanita. Yeah, tidak dinafikan wanita memang hebat! Sangat hebat bahkan mampu menggoncang dunia. #gebang je lebih#

Friday 26 April 2013

Matriks punye citer

Assalamualaikum, sebenarnye blog ni masih lagi dalam diselenggara. Hahaha, susunan tonggang terbalik kan? Sorry, kemalasan melanda disaat ingin membuka blog ni..hihi MATRIKULASI..
LOL..sejak menjak ni suka sangat LOL2,,haha,,back to topic. Matrikulasi skang ni ade yang 2 tahun dan ade yang setahun. Aya dapat setahun je. Aya mohon first kat tangkak tu, tempat abang aya blaja dulu, nice dan lawaa!! Tapi apakan daya Allah nak bagi yang lebih baik,dapatlah kat pahang tu..gambang ye~ Alhamdulillah dapat, sebab ramai budak lepasan spm 2012 yang nak sangat dapat tawaran untuk blaja kat matriks kan? Matrikulasi pahang ke 3 tarbaik dimalaysia? WOWW~ haha.. dapat info ni dari seorang dormate..#kalau kau terbaca post ni.. peace yow~ haha# Tak pernah terfikir pon nak blaja kat pahang tu, teruja sebenarnya sebab ade GAMBANG WATERPARK!! hahaha.. Matriks, aya tak tau nak sambung blaja dengan kau ke tak matriks. Kalau kau ade mulut kang senang, tak paham je tanye kau terus dan tak payah susah2 research tanya pakcik google ni.. ish3


Haish, member2 lama pon dapat situ. Jadi, rasanya tak jadik masalah lah jauh ke tak. Apepasal lah abang aya selama dia belajar tak pernah dapat negeri lain? johorrrrr je! Hmm, untongler~  At least aya dah ade pengalaman kan? haha best tau merantau nih. Ade sape2 yang tau sangat pasal matriks pahang dan terbaca post  yang tak berapa post nih, aya mengalu2kan anda untuk komen di bawah! Pliss2~ membantu amalan mulia bukan? hehe Chow~

Thursday 18 April 2013

Ohh..Finally~

Assalamualaikum..OHH FINALLY~ what finally?? Ahaha..actually this post, berkaitan dengan tawaran u! Ceh, POYOS~ ahahaha..do i care? Bukan maen lagi kawan2 aya PAM PUM PAM PUM pasal dapat tawaran pergi sini la situ la. Hanya aya je tau, what i feel when i see the status -_-! But, semua tu rezeki masing2 kan. Actually aya nak share ngan korang yang aya dapat tawaran pergi UNIKL untuk asasi engineeering in scope science n technology. Tapi kat kedah! Kuala Nerang..anybody?? seriously tak tau tempat tu. Sape2 yang dapat asasi kt UNIKL ni memang kene g kuala nerang la. Korang dok promote ckp psl u, aku pon nak jugak lah! ahahaha. Sape dapat buat asasi dekat sane?? SEPP!! kite samelah. Kene daftar 19/5/2013? Hohoho.. dalam dilema nih. Yang bagusnya, kalau masuk sane MARA tanggung 100%. Tapi bile nak sambung ijazah, korang bley tros kat unikl ataupon mntak u laen. In case korang kat unikl gak untuk ijazah, korang boleh loan MARA untuk support korang blaja. Tapi kalau lastly gred 3.5 above..biasiswa okeh! kalau kurang..adelah peratus2 nye korang kene bayar. Bile masok sane gak, korang akan senang dapat keje. why? jawapannya ada pade senior2 unikl..HAHAHA ~ seriously, im not lying oke! okeh..penat taip..sape2 yg senasib ngan aya..komen plis~ Assalam :)