Pages

hows your day today???



Create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday 21 December 2014

ceritera sebuah kisah

Assalamualaikum, post kali mungkin berkaitan dengan kisah yang aku alami. Hanya sebagai luahan hati tatkala blog menjadi diary ku yang telah aku reka.

Ceritera itu, tiada siapa pun menyangka.
Juga aku
Mungkin takdir menemukan aku
dan dia
di situ.

saat hati terasa lelah, seperti hancur berderai Allah pertemukan aku dengan kau. Saat hati berdoa supaya Allah segera menemukan aku dengan jodohku, kau pertemukan dia. Mungkinkah dia? Aku keliru.



Maaf, aku terpaksa hilangkan diri. Biar aku hilangkan semua rasa sakit dihati. Walaupun aku tahu kau takkan berjaya mencari aku. Aku maafkan kau atas segalanya. Namun sekarang, jauh.. aku berasa selesa. Sementara jauh, biar aku cari diri aku untuk persiapkan diri dimasa depanku. Itupun, andainya kau menunggu aku. Kenapa? Biar aku cari cintaNya dahulu sebelum cinta insani. Dan aku tahu kau fikir aku sudah ada yang lain. Yes, aku cuba supaya aku dapat lupakan kau dan segala keperitan hilang. Tapi aku gagal. Setelah bertahun2, aku redha dengan ketentuan Ilahi. Banyak hint yang kau dah bagi. Cuma aku tak menyedari. Sebab? aku ni manusia, hari jahil x mustahil esok jadi baik. Hari ni baik tak semestinya esok aku jadi jahil. Iman manusia, kadang2 naik kadang2 turun, kan? Sekarang aku 19 tahun.  Sakitnya dulu, aku rela untuk maafkan. Bila aku reflect, banyak salahnya pada diri aku.

Tapi selama aku menghilangkan diri..
tak pernah kau tahu sebab yang sebenarnya..
sebab aku rahsiakan..
karna aku tahu..
kau tak akan percaya
masih ada insan bernama wanita
yang setia..
sedang mencari cintaNya, supaya dia tidak terus alpa dengan duniawi
yang hanya mainan dan bayangan yang indah
tapi disebaliknya,
banyak duri yang menusuk
dan mematikan hati
dari kembali mengabdikan diri dariNya

Tak sangka..
 istikharah.. istikharah dan istikharah
aku minta untuk Allah guide setiap langkah
dan untuk orang yang Dia pilih untuk aku.
Lumrah manusia ingin mencintai dan dicintai.
mengapa baruku sedar, sudah kau pesan untuk istikharah.

Jujur, aku masih keliru dengan jawapan istikharah. Ingin aku hentikan semua mainan perasaan ini dan mulakan yang baru. Namun, aku tak berjaya suka kepada insan yang lain.

sekarang, hanya ada satu tarikh
titik pengakhiran semua ni,
andai memang tertakdirnya disitu ya Allah,
biarlah disitu menjadi titk permulaan juga pengakhiran,
Biarpun mungkin suatu hari nanti.
kau jodohku.. atau mungkin tidak..
paling tidak, aku sudah mula redha sekarang

inshaAllah, aku doakan kebahagiaan kau dunia akhirat kau.

siapa dia? Dia adalah insan yang Allah hadirkan untuk menguji dan mengajar aku.
sekarang,sakit? pedih? siapa tak rasa semua tu? aku dah lali.
setahun? dua? dah bertahun2.
Cuma satu nasihat aku nak pesan, jangan sentuh hati atau perasaan seseorang perempuan andai tak terlintas untuk menjadikan dia isteri atau suami.

-wassalam-

Tuesday 16 December 2014

Sem 1..bye~

Assalamualaikum.. akhirnya sem 1 bakal melabuhkan tirainya..yeahh!!! Tak sangka kejap je rasa nak abis dah. Insha Allah ada rezeki nanti dapat sambung lagi sem seterusnya sampai ke tahun 4 kelak wuwuwu ^_^ Semoga berbahagia untuk final kelak. Tapi makin nak dekat final makin banyak pulok projek2 nih, programkan gal ic la, video project la, harvard business school studies lagi(untuk setiap sem -_-) Moga2 suksesss oyeaahhhh!! salam bahagia ^_^

Saturday 13 December 2014

AG

AG~
AG stand for ain gedik! dUA PATAH PERKATAAN TU DAH CUKUP UNTUK AKU DESCRIBE DIA HAHAHA. KENAPA? sebab dia suka curi kuota aku nak connect wifi -_- lel~~

Sakitnya~~ auu sakitnya hati ni rasa huhu. nama dia?? PANGGIL AG JE. Bajet2 eva nama wechat. Louis la~~ haa -,,- katanya nak kenekan aku dekat LINE haha. Ape benda ntah. Perangainya yg KURENG matang mengalahkan kucing, monyet, rusa,ayam, tikus,lipan dan pelbagi haiwan liar yg lain. cett mcm karangan. yeahh itulah AG.

TAPI, WALAUMACAMMANAPUN. TERIMA KASIH SEBAB SUDI BAGI PINJAM LAPPY UNTUK UPDATE PASAL KAUU HAHAHAHHAHHAHAHAHHAHAA

SALAM IZZAH BAIK~~~

Sunday 7 December 2014

HAPPY TOGETHER

SUKANYA..SUKANYA...

BLOG ISNT DIFFICULT!







THANKS FOR WATCHING.... :)

Tuesday 19 August 2014

welcome welcome :3

Assalamualaikum. teringat waktu itu, aku dapat tawaran ke universiti di Negeri aku sendiri.  Sungguh tak percaya. Alhamdulillah. Sekarang, munggu minggu depan untuk masuk  u tu. Tetiba aku rasa kosong. Well nobody know what i am thinking about. me too. Seriously. Post kali ni mm\emang tak menarik, hilang minat nak berblog atas kehilangan internet di rumah :'( .So jangan mengharapkan aku nak post ape2 lah kan kat sini. So, pray for my study there. Hope so, aku tunaikan semua impian aku selama ni selagi hayat dikandung badan yang lemah ini. Sekian dari aku. wewewe (hambarrrrrr?? blog aku,,sukeati lahhh :P)