Pages

hows your day today???



Create your own banner at mybannermaker.com!

Saturday 11 April 2015

Hidup..

Assalamualaikum...pembuka bicara.

Hidup ini, apa yang aku cari?
Apa yang aku inginkan?
Apa yang aku kejar?
Siapa aku ini?
Untuk apa aku hidup?

Persoalan yang selalu bermain di benak fikiran aku ..selalu..
Aku tersentak, lalu fikir sejenak.
"Kenapa pokok bergoyang sedang aku tak nampak angin?, akan tetapi angin itu dpt kurasai. "
Hari berlalu, siang..malam..silih berganti.
Namun aku masih memikirkannya.

Bila masa telah tiba, aku terfikir.
Kenapa aku begitu jahil, sedangkan Allah turunkan nabi Adam didunia sebagai balasan yang dilakukannya, tetapi kita bersuka ria di atas bumi ini??

Jujur aku katakan, tatkala sesiapapun tanya kan soalan "kau taknak berubah ke?" , semua nak, nak syurga indah itu, tapi tanpa sebarang usaha. Manakan kita bisa capai ia sedang kita tidak berusaha? Sedangkan Allah lihat akan usaha hambaNya, tapi diri masih gagal.

Aku hanya insan biasa, biarpun jika ditakdirkan aku pergi esok hari, biarlah dengan usaha yang aku bina selama ini. Karna hanya itu sedaya upayaku, punya hasrat hadiahkan mahkota terindah buat kedua ibubapa dipadang mahsyar, tapi ini saja usaha yang terdaya aku lakukan.

Hidup ini,
Aku redha ya Allah,
Jika semua dugaan yang Engkau timpakan,
karna Engkau rindu mendegar rintihan dan luahan dariku, untuk meminta darimu, mohon ampun.

Tatkala orang lain melihat asing terhadap aku, tabahkanlah aku, kerana aku tahu ianya tidak mudah.
Tatkala aku ingin membuat kebaikan, hadirkan seseorg yang dapat membantu aku untuk meneruskan kebaikan itu.

Akhir kalam, biarpun ini hanya sebahagian dari penulisan diri aku, tapi, jika ia membawa satu sinar baru buat yang lain, biarlah ianya menjadi pahala yang berterusan buat diri aku..juga orang lain.
Wassalam

2 comments:

Kay Sablihan said...

semoga dimurahkan rezeki dipermudah urusan ya eiza ^^
gudluck! kawin cepat2.! eh hehe

WaTaShIwA aYa said...

hahaha kay..inshaAllah nnti aku jemput