Pages

hows your day today???



Create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, 1 April 2013

What we call "life"

Hidup. Kehidupan. Ape yang korang paham pasal kehidupan nih?Ape yang aya tau, hidup ni umpama roda. Takkan ade orang yang tidak pernah ada masalah dalam hidupnya. Walaupun tergambar senyuman, tetapi di sebalik senyuman itu terungkap 1001 cerita. Siapa tahu?? Hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui segala2nya. Seperti ape yang aya pernah baca dan tahu, Allah swt tidak akan memberi ujian seberat itu jika hambaNya itu tidak mampu menghadapinya. Dan semakin tinggi tahap kesabaran dan imannya, semakin besar dugaan dan cabaran yang akan Allah beri. Sebenarnya di sebalik dugaan itu, Allah mengajar kita untuk bersabar, redha dengan ketentuanNya, Allah suruh kita mengingatiNya dan mendekatiNya.




"Jika semua kaum beriman kepada Allah swt, Allah swt akan membina satu lagi umat yang membuat dosa"  

Kita hanya manusia biasa. Insan yang tak pernah putus melakukan kesilapan. Kadang kala terniat  juga dihati untuk berubah. Dalam usaha untuk berubah namun ada kalanya kita tersimpang jua. Rambut sama hitam, tapi hati lain2.


Pernah aya terbaca dari satu sumber, kisah yang sungguh menyentuh hati dan sanubari. Begini kisahnya, ada suatu hari datang seorang wanita berkulit putih gebu dengan berpakaian tanpa lengan dan skirt paras atas paha datang ke masjid menaiki sebuah kereta. Dengan selamba, dia turun dari kereta dan lantas memasuki kawasan masjid. Tergamam ahli2 masjid melihat perempuan berpakaian begitu datang ke masjid. Pencerita menceritakan, dia melihat wanita itu mengambil wudhu' lalu memakai telekung lalu solat. Setelah wanita itu selesai solat, si pencerita itu melihat wanita itu duduk tahiyat akhir SALAH!! Lantas si pencerita bertanya kepada wanita itu. Dia terkejut selepas mengetahui bahawa perempuan berkulit putih gebu itu sebenarnya seorang muallaf(cina masuk islam) . Dia menceritakan dia baharu sahaja berjinak2 dengan islam dan tidak mengetahui bahawa duduk tahiyat akhirnya salah! Si pencerita sungguh kagum dengan usahanya. Walaupun berpakaian seperti itu, dia langsung tidak malu untuk menunaikan solatnya di masjid. Siapa tahu, suatu hari nanti dia akan menutup auratnya dan menjadi lebih baik dari kita semua. Semoga dia diberikan hidayah dan diberi tunjuk ajar agama serta dorongan yang kuat untuk mendalami agama Islam. Aamiin, InshaAllah~


Kehidupan di dunia ibarat seorang musafir. Ini kerana dunia ini bukanlah penghabisannya. Banyak lagi alam yang kita harus lalui. Jika kita terniat untuk berubah di dalam hati kita, Allah akan mengirimkankan hamba2nya yang soleh untuk menemani kita didalam penghijrahan tersebut. Penawar bagi seorang wanita yang ingin berusaha untuk menutup aurat sepenuhnya tapi masih lagi tidak mampu melakukannya, ialah dengan mengahwini lelaki yang soleh.



Semoga entri kali ini memberi kesan terhadap hati kita. Sungguh kita hanya insan biasa, tapi kita punya impian yang luar biasa. Kita dikurniakan akal fikiran untuk berfikir dan juga pancaindera. Semoga entri ini memberi manfaat kepada diri aya sendiri dan juga pembaca2 sekalian. Wallahualam..