Pages

hows your day today???



Create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, 31 October 2016

Antara study dan hobi

Assalamualaikum gais,

Currently aku memang jarang sangat2 nak post kat blog ni since sekarang ni aku study tahun 3 di sebuah ipta yang terletak di Johor muehehe. Well, memandangkan sebenarnya aku malas nak transfer gambar untuk buat review, so sebab tu aku tak update. Dengan lambakkan assignment, project, haha. =.="

So aku perhati most of my blogger's friend ada yang dah tutup akaun diorang, jadikan aku pun dah agak tawar hati untuk aktif balik kat sini. *accah sangat haha*.


Aku nak je share banyak benda, tapi tau2 jelah wifi kat u aku ni macam bisjut(biskut) kejap ade kejap takde nak main cak2 dengan dia je jenuh aku nak carik haha. Nak cerita pasal uni life, aku rasa u gais suppose "feel" sendiri perasaan tu sbb aku tak terlintas nak share haha. Tapi seperti yang dijanjikan, aku nak buat review sebab mungkin ada baiknya yang u gais boleh ambil, kan??kan??

Stay tuned, walaupun aku taktau ada ke orang yang baca hahahahahaha.

Ok bai gais.


Monday, 10 October 2016

Tiup Habuk~

Assalamualaikum!

Hai hai hai hai~ Lama jugak tak update apa-apa kat sini ek? Herm, biasalah sekarang ni dah ada komitmen dengan assignment and projek.

Setelah puas berfikir, rasanya sis nak variasikan post pasal review produk yang sis guna lah. Anyone yang setuju?? ahaha yes yes. Sis cakap sorang-sorang jer kan. Baik, begini ceritanya, entah kenapa ianya menjadi satu booster since cuti sem yang lepas ni sis addicted sikit, sikit jela dengan website hermo.my ni. Website ni provide macam-macam produk kecantikan luar negara especially korean, ha! bukan itu aje, tapi siap promotion bak hang~

Puas hati sangat-sangat dengan packaging dari hermo ni since dia care pasal produk takut terhantuk ke, pecah ke, so dia balut dengan bubble2 tu ha. Nice rite? Plus dengan kotak dia yang fuh lawa lah and sebagai customer rasa macam dihargai sangat-sangat. Baru-baru ni sis cuba guna produk April Skin dan Etude. Tapi tak rasa nak bagi review sekarang hahaha.

Apa-apa pun nantikan kemunculan sis next post. Hiks~


Bye byeeee~

Wednesday, 30 September 2015

HATI, harus kau jaga

Assalamualaikum pembuka bicara,
izinkan aku, menceritakan sebahagian kisah aku
melalui post kali ini.

Hati. Untuk siapa harus kau jaga?
Tiada sesiapa.. melainkan Dia.
DIA, bukan dia.
Pernah aku mencintai seseorang dalam hidup,
5 tahun kesetiaan diuji,
Aku jaga, sedetik pun tak pernah terlintas untuk menduakan,
langsung..
Akhirnya aku kalah,
bukan karna aku,
tapi karna dia,
Apa erti sebuah perhubungan tanpa kejujuran?
apa erti perhubungan,
 jika engkau hanya menggunakan aku,
untuk kepentingan engkau?
Parah, lara, sakit, hancur.
Mengapa tidak jujur dari awal?
mengapa..
saat engkau susah aku datang,
ada disisi engkau,
untuk engkau luahkan 1001 perasaan,
dibalik hati yang berombak..
mengapa..
aku engkau duakan,
saat aku menghadapi,
kehidupan yang sangat sukar?
mengapa?
hingga sekarang..
tiada jawapan yang aku temui..
engkau diam seribu bahasa..
tak berani berhadapan dengan masalah..
walhal engkau, yang mulakan segala bencana.
aku fikir.. engkau takkan lepaskan semuanya,
bertanggungjawab..
tapi aku salah,
karna engkau hanya seorang pengecut.
YA! PENGECUT!
Saat engkau ungkapkan kejujuran,
tidakkah engkau fikir..
hancur derainya hati aku,
seperti dirobek-robek,
Hanya Allah yang tahu.
Saat itu, aku hilang arah,
untuk waktu yang lama,
aku mendiamkan diri,
hanya untuk merawat kembali,
hati yang dulunya..
pernah diberi harapan palsu,
saat itu, baru aku sedar..
betapa jauhnya aku dengan DIA,
alpa, leka

AKU REDHA.
semua orang boleh lafazkan..
namun,  hakikatnya,
sejauh mana engkau redha dengan pengertian sebenar?
ya..
semua salah aku,
mengizinkan orang yang salah untuk memiliki hati aku,
tak pernah kesah walhal engkau sebaliknya,
mengapa..
kerna dia, engkau pergi..
sudah lama aku tahu pasal dia,
sengaja aku diamkan,
menanti kejujuran dari engkau.
mengapa..? dan mengapa?
bila tiada ikatan antara kita..
mengapa dia masih mengganggu aku?
walhal dia itu yang baru buat engkau..
mengapa kau mainkan perasaan ini?
sudah cukuplah dengan segala penipuan,
jangan pula engkau menabur cerita yang hanya wujud dlm mimpi burukmu..
biarlah, engkau pergi dari hidup aku,
sungguh aku menyedari akan dimana diri aku,
jurang perbezaan antara engkau dan aku,
jurang kedudukan keluarga engkau dan aku.
namun satu hal yang aku janjikan pada diri aku,
aku takkan pernah biar diri aku jatuh ke gaung hanya kerana engkau,
karna aku yakin,
masih ramai dihadapan aku,
biarpun tidakku tahu adakah jodoh ajal yang menjemputku dulu?
cuma satu,
kau takkan aku beri peluang,
kedua, ketiga, atau terakhir,
karna diri ini sudah sakit menanggung semua itu,
hinggakan kini,
aku seakan2 phobia,
melihat semua ini berlaku,
takut terjadi dua kali,
jika benar,
ada seseorang yang ingin membimbing aku,
ke haluan yang betul,
jika tiada halangan,
aku akan terima,
seperti mana dia tulus mencintaiku,
karena Ilahi.
Sungguh, penyesalan ini,
sedikit sebanyak memakan diri aku,
hinga aku tiada arah tujuan,
seperti manusia tanpa perasaan,
sama juga seperti nasi tanpa lauk,
teruk bukan?
ya, itulah aku.
apa boleh aku reverse?
uturn?
belok?
TAK!
ini jalan cerita kehidupan aku
aku kene terima
teruskan apa yang telah aku usahakan
bukan untuk dia..
tapi untuk DIA, keluarga, kawan2,,
hidup ini masih panjang,
berakhirnya perhubungan,
bukan bermakna berakhirnya jalan cerita..
kau pun tahu kan?
mungkin kau baca post ni,
mungkin tidak,
tapi benar, ini luahan hati aku.
kau tak pernah tahu.
sebab aku nak jaga hati kau,
taknak kau terluka dengan kata2 aku..
biarlah,, walaupun sudah tiada apa2..
biarlah kau kenal aku seperti mana aku dulu,
bukannya mencarut2 kasar bila sudah tiada apa2,
aku bukan begitu,
moga engkau bahagia disamping dia,
orang yang engkau baharu kenal itu,.
satu saat nanti,
pasti Allah akan titipkan seperti mana aku rasa dalam diri engkau
bukan aku mengharapkan balasan tidak baik kpd engkau,
cuma berharap engkau sedar,
apa yang aku rasa,
jangan biarkan kau ulangi kesilapan
biarpun dengan orang lain
pesan aku kepada pembaca,
jaga hati engkau.
penyesalan selalu datang,
tatkala semuanya telah berakhir,
think first before buat action,
biarpun perasaan itu pahit,
jangan sesekali biarkan ia membunuh
jangan sesekali.
kau masih punya kehidupan masa hadapan
rancanglah, persiapkanlah diri engkau,
untuk peneman hidup engkau,
yang bakal membahagiakan engkau nanti.
sekian,
-aya-

Thursday, 23 April 2015

Bukan milikku

Assalamualaikum, pembuka bicara
Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah, tabah kan aku..
Kuatkan aku..
Agar kehidupan yang fana ini dapat aku teruskan.
Sungguh, dugaan ini bertimpa2. Tapi alhamdulillah, aku berjaya meredah semua itu, dengan tabah.
Buat kaum lelaki, ingin aku sampaikan, janganlah dikau permainkan perasaan seorang wanita. Tidak kira siapa, atau macammana pun wanita itu.
Wanita ni lemah, lemah sangat.

Sungguh..
Apa yang berlaku mematangkan aku.
Bukan pakwe yang aku cari, tapi bakal suami. Mungkin, belum masanya untuk aku bertemu dengannya.
Mungkin juga, ajal aku bakal sampai sebelum jodohku.
Siapa tahu?
Hanya Dia..

Sungguh, hidup ini ibarat menaiki tren. Sampai satu lokasi, akan ada insan2, yg dtg dan pergi dari hidupmu. Sampai masa, ibubapamu juga akan meninggalkanmu, tinggal masa untuk kamu mengharungi liku2 bersendirian. Tapi ingatlah, sesungguhnya kamu tidak bersendirian, Allah sentiasa ada.. cuma mungkin, kamu yang melupakannNya.

Biarlah..
Aku redha..
Dengan apa yang berlaku,
Karna aku yakin..
Telah Allah ciptakan seseorg yang lebih baik dari dia. Yang akan mencintaiku..menyayangiku..hingga tiba saat Allah mnjemputnya.
Alhamdulillah ya Allah.
Aku bersyukur atas segalanya..

P/s tatkala Allah uji kamu dengan dugaan sbgini, jngnlah bersedih. Mngkin ini yg terbaik utk kamu. :) stay cool

Monday, 20 April 2015

Kau sahabat kau teman

Assalamualaikum pembuka bicara, rasa sedih tertusuk tatkala aku terdengar berita tu. Aku mohon, janganlah pergi selagi perjuangan kita tak henti lagi. Aku mohon, jangan tinggalkan kami, kerana dikau sebahagian dari kami. Begitu mahalnya nilai persahabatan ini. Tak pernah aku rasa sebahagia ini wahai teman. Selama ini, aku hanya berharap, punya sahabat yg selalu bersama suka dukaku, tapi..andai kata engkau ingin pergi, jangan lah lupa akan kami yang pernah sama2 mencorak kehidupan disini. Aku sebak. Aku kasihan. Ingin bantu tapi aku sendiri tak mampu. Biar aku titipkan doa buatmu sahabatku. Karna aku yakin, Allah akan sentiasa jaga dirimu untukku walau jarak kita sejauh langit dan bumi. Sungguh, aku tak mampu menahan kesedihan ini.
~sahabat yang akan meeinduimu~

Saturday, 11 April 2015

Hidup..

Assalamualaikum...pembuka bicara.

Hidup ini, apa yang aku cari?
Apa yang aku inginkan?
Apa yang aku kejar?
Siapa aku ini?
Untuk apa aku hidup?

Persoalan yang selalu bermain di benak fikiran aku ..selalu..
Aku tersentak, lalu fikir sejenak.
"Kenapa pokok bergoyang sedang aku tak nampak angin?, akan tetapi angin itu dpt kurasai. "
Hari berlalu, siang..malam..silih berganti.
Namun aku masih memikirkannya.

Bila masa telah tiba, aku terfikir.
Kenapa aku begitu jahil, sedangkan Allah turunkan nabi Adam didunia sebagai balasan yang dilakukannya, tetapi kita bersuka ria di atas bumi ini??

Jujur aku katakan, tatkala sesiapapun tanya kan soalan "kau taknak berubah ke?" , semua nak, nak syurga indah itu, tapi tanpa sebarang usaha. Manakan kita bisa capai ia sedang kita tidak berusaha? Sedangkan Allah lihat akan usaha hambaNya, tapi diri masih gagal.

Aku hanya insan biasa, biarpun jika ditakdirkan aku pergi esok hari, biarlah dengan usaha yang aku bina selama ini. Karna hanya itu sedaya upayaku, punya hasrat hadiahkan mahkota terindah buat kedua ibubapa dipadang mahsyar, tapi ini saja usaha yang terdaya aku lakukan.

Hidup ini,
Aku redha ya Allah,
Jika semua dugaan yang Engkau timpakan,
karna Engkau rindu mendegar rintihan dan luahan dariku, untuk meminta darimu, mohon ampun.

Tatkala orang lain melihat asing terhadap aku, tabahkanlah aku, kerana aku tahu ianya tidak mudah.
Tatkala aku ingin membuat kebaikan, hadirkan seseorg yang dapat membantu aku untuk meneruskan kebaikan itu.

Akhir kalam, biarpun ini hanya sebahagian dari penulisan diri aku, tapi, jika ia membawa satu sinar baru buat yang lain, biarlah ianya menjadi pahala yang berterusan buat diri aku..juga orang lain.
Wassalam

Sunday, 21 December 2014

ceritera sebuah kisah

Assalamualaikum, post kali mungkin berkaitan dengan kisah yang aku alami. Hanya sebagai luahan hati tatkala blog menjadi diary ku yang telah aku reka.

Ceritera itu, tiada siapa pun menyangka.
Juga aku
Mungkin takdir menemukan aku
dan dia
di situ.

saat hati terasa lelah, seperti hancur berderai Allah pertemukan aku dengan kau. Saat hati berdoa supaya Allah segera menemukan aku dengan jodohku, kau pertemukan dia. Mungkinkah dia? Aku keliru.



Maaf, aku terpaksa hilangkan diri. Biar aku hilangkan semua rasa sakit dihati. Walaupun aku tahu kau takkan berjaya mencari aku. Aku maafkan kau atas segalanya. Namun sekarang, jauh.. aku berasa selesa. Sementara jauh, biar aku cari diri aku untuk persiapkan diri dimasa depanku. Itupun, andainya kau menunggu aku. Kenapa? Biar aku cari cintaNya dahulu sebelum cinta insani. Dan aku tahu kau fikir aku sudah ada yang lain. Yes, aku cuba supaya aku dapat lupakan kau dan segala keperitan hilang. Tapi aku gagal. Setelah bertahun2, aku redha dengan ketentuan Ilahi. Banyak hint yang kau dah bagi. Cuma aku tak menyedari. Sebab? aku ni manusia, hari jahil x mustahil esok jadi baik. Hari ni baik tak semestinya esok aku jadi jahil. Iman manusia, kadang2 naik kadang2 turun, kan? Sekarang aku 19 tahun.  Sakitnya dulu, aku rela untuk maafkan. Bila aku reflect, banyak salahnya pada diri aku.

Tapi selama aku menghilangkan diri..
tak pernah kau tahu sebab yang sebenarnya..
sebab aku rahsiakan..
karna aku tahu..
kau tak akan percaya
masih ada insan bernama wanita
yang setia..
sedang mencari cintaNya, supaya dia tidak terus alpa dengan duniawi
yang hanya mainan dan bayangan yang indah
tapi disebaliknya,
banyak duri yang menusuk
dan mematikan hati
dari kembali mengabdikan diri dariNya

Tak sangka..
 istikharah.. istikharah dan istikharah
aku minta untuk Allah guide setiap langkah
dan untuk orang yang Dia pilih untuk aku.
Lumrah manusia ingin mencintai dan dicintai.
mengapa baruku sedar, sudah kau pesan untuk istikharah.

Jujur, aku masih keliru dengan jawapan istikharah. Ingin aku hentikan semua mainan perasaan ini dan mulakan yang baru. Namun, aku tak berjaya suka kepada insan yang lain.

sekarang, hanya ada satu tarikh
titik pengakhiran semua ni,
andai memang tertakdirnya disitu ya Allah,
biarlah disitu menjadi titk permulaan juga pengakhiran,
Biarpun mungkin suatu hari nanti.
kau jodohku.. atau mungkin tidak..
paling tidak, aku sudah mula redha sekarang

inshaAllah, aku doakan kebahagiaan kau dunia akhirat kau.

siapa dia? Dia adalah insan yang Allah hadirkan untuk menguji dan mengajar aku.
sekarang,sakit? pedih? siapa tak rasa semua tu? aku dah lali.
setahun? dua? dah bertahun2.
Cuma satu nasihat aku nak pesan, jangan sentuh hati atau perasaan seseorang perempuan andai tak terlintas untuk menjadikan dia isteri atau suami.

-wassalam-